Monday, November 17, 2008

enjek

hari ini saya, abah saya dan nyai membawa saya ke poliklinik untuk membuat suntikkan bulanan saya. ibu tidak dapat ikut kerana dia berkerja. rajin ibu saya macam boleh membuat abah menjadi "house-husband". anyway, saya tengah sedap2 tido tapi abah kejut pukul 9.20am. kacau daun je. saya sedang mimpi scarlett johansson tau! nyai mendokong saya di dalam kereta dan sama2 kita menuju ke poliklinik bukit batok.

sampai je, abah gi register nama saya dan kita pun naik lah ke tingkat dua bilik nombor 57. jururawat, yang tidak selawa ibu saya, pun mengambil ukurun kepala saya (42cm), ketinggian saya (63cm tapi abah dgn nyai cakap tak bleh jadi pasal saya lagi tinggi dari itu!) dan terakhir sekali berat badan saya (7.15kg).

nyai cakap saya dah semangat pasal budak2 kecik tak bleh panggil gemok. orang tua je boleh di panggil gemok! heeheehee...

ni gambar lama tapi
you get the idea!

saya ingatkan jururawat nak suntik saya tapi nasib baik dia cakap "go and see the doctor first and then come back here" apa makna dia pun saya tak tau. saya ikut je abah saya. selepas tu, abah dan nyai membawa saya pergi ke bilik lain. saya pun ajak lah mereka bebual pasal stock market yang sedang merusut tapi mereka asik cakap "goo goo gaa gaa". tak betul agaknye orang2 tua ni.

rupa2nya saya di bawa berjumpa dgn doktor dahulu. dia membuka baju saya dan say pun senyum. lega sikit dapat berlenging. angin... alih2 bende sejuk seperti piring di letakkan ke dada saya. ingatkan suntikkan berjarum besar. rupa2 nya bukan. lepas tu abah tutup balik baju saya dan kita pun keluar dari bilik itu.

alamak! masa nak suntik dah tiba. abah pulak hilang ntah kemana. saya dgn nyai je ni! takot boboy! saya nampak jururawat sediakan jarum. besau nye! "abah toloooong!" saya menjerit dalam hati. kalau menjerit betul2, nanti tak hero pulak. pada masa yang tepat, abah pun muncul! selamat!



confirm dia akan bawak lari saya keluar dari bilik itu tetapi saya di tipu. nyai sedang mendokong saya dan abah pegang saya lagi kuat. tolong! saya tak boleh bergerak! macamana nak cabot! jururawat apa lagi, dengan muka yang bengis menyuntik saya di peha kanan. saya tahan macho tapi tak lama. 3 saat je, saya nangis! adoi! sakit woi! tetapi saya nangis sekejap je. tak sampai 2 minit. lepas tu saya relek.

jururawat suruh tunggu di luar sekejap dan setelah 10 minit menunggu kami pun pulang. dengar2 lagi sebulan ada suntikkan lagi. harap2 lagi sebulan saya dah boleh berjalan dan berlari jadi saya boleh cabot!

No comments: